5 Khasiat Tembikai Yang Anda Tidak Tahu

4/01/2016

Kesihatan merupakan satu anugerah yang anda perlu juga. Nampak mudah tapi sebenarnya semua orang ambil mudah perkara ini sehinggalah sudah tersadai di atas kerusi roda.


Kali ini, kami kongsikan dengan anda 5 khasiat tembikai yang anda juga boleh kongsikan dengan orang ramai. Mungkin tidak ramai yang tahu, buah tembikai juga banyak kelebihannya tersendiri.



Mengurangkan Berat Badan Dan Lemak
  • Tahukah anda bahawa jika tembikai diambil dalam kuantiti berkala, ia boleh dijadikan pengganti kepada makanan harian anda. Tidak berminyak dan tidak mengandungi kolestrol.
Membantu Penghadaman

  • Kandungan air dan gentian dalam tembikai dapat membantu mencegah sembelit dan menggalakkan kekerapan untuk saluran penghadaman yang sihat. Lari dari topik sikit, agak-agak orang yang makan nasi tanpa kuah, bagaimana ya penghadamannya berfungsi.
Kulit Yang Sihat
  • Tembikai juga baik untuk kulit anda kerana ia mengandungi vitamin A, sejenis nutrien yang diperlukan untuk membuatkan rambut anda lembap serta sangat diperlukan untuk pertumbuhan semua tisu badan, termasuk kulit dan rambut.
Mengurangkan Sakit Otot
  • Tembikai dan jus tembikai telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan otot dan meningkatkan masa pemulihan selepas latihan atlet. Patutlah masa kami bersukan wakil daerah masa sekolah dulu cikgu bagi makan tembikai. Baru faham hari ini.
Mencegah Kanser
  • Kaum lelaki memang digalakkan makan tembikai kerana ia mampu merendahkan risiko dan juga mencegah kanser prostat. Kanser prostat merupakan salah satu kanser yang banyak membunuh lelaki secara senyap-senyap.


Terkandung dengan anti oksidan yang tinggi, tembikai boleh membantu memerangi pembentukan radikal bebas yang sedia maklum boleh menyebabkan kanser.
Jadi, kepada anda yang tidak suka makan langsung buah, ada baiknya jika mula makan buah sekarang. Banyak lagi buah yang kami akan kongsikan faedah selepas ini. Atau jika anda ada tips untuk dikongsikan, bolehlah tinggalkan di ruangan komen.

You Might Also Like

0 comments