Keropok Lekor ( Car Boot Sale )

11/15/2015

Kata SifuDulu saya selalu masuk booth, saya bayar booth contohnya sebulan RM 3,000, jualan RM 25,000 pun saya dah puas hati, tapi untuk bulan seterusnya bila masuk booth lagi saya bayar lagi untuk event yang lain RM 3,000, at last saya sangat risau tentang apakah matlamat bisnes saya? Kalau tak masuk booth memang langsung tiada Cashflow...

Tak salah untuk masuk booth, tapi apa yang kita mahu untuk masuk booth tu?

Bila kami mula Online Bisnes pun sama, kami masih tak nampak hala tuju, sehinggalah selepas kami belajar dari Sifu yang sangat ambil berat tentang DATABASE...




Selepas itu, fokus kami bila buat Iklan adalah bukan semata-mata SALES tapi untuk kumpul DATABASE, contoh jika kami belanjakan RM 3,000.00 selama sebulan melalui Online Media, ia adalah belanja sekali sahaja kerana bulan seterusnya Kos Pengiklanan kami bukan lagi RM 3,000, mungkin RM 500-RM 1,000 sahaja kerana kami telah mempunyai DATABASE Pelanggan seperti No.Tel, Alamat & Email, seterusnya kami akan menggunakan MEDIUM yang lain seperti SMS BLASTING yang for sure mereka semua yang telah membeli produk kami adalah CUSTOMER TARGETED kami...

Jika masuk booth / sewa kedai adalah RM 3,000 sebulan, bermakna perbelanjaan setahun adalah RM 36,000, tapi sekiranya kita aggeresive kumpul DATABASE, mungkin kali pertama kita belanjakan untuk Iklan sebanyak RM 3,000, bulan seterusnya kemungkinan hanya RM 1,000 sebulan untuk belanja SMS BLASTING / Email, bermakna belanja tahunan untuk kerja-kerja pemasaran kepada mereka hanya RM 14,000 setahun....



INGAT ! Media adalah apakah jenis / teknik pengiklanan untuk kita sampaikan MESEJ kita kepada Pelanggan, tak kisahlah apa jenis cara pun, janji mesej kita mesti sampai kepada Pelanggan, bukan Facebook sahaja ye...

NOTE : Untuk yang ada KEDAI / BOOTH, tak boleh tidak Anda WAJIB terus dapatkan DATABASE Pelanggan Anda walaupun selalunya ada Pelanggan yang payah nak bagi no.tel kan? Kalau Online senang je, Pelanggan memang wajib bagi sebab nak Pos kan? 



You Might Also Like

0 comments